Selasa, 18 Mac 2008

Pantang-Larang Masyarakat Melayu

Cikgu ada terbaca petikan ini di Berita Harian pada minggu lalu.

BILA KUPU-KUPU MASUK KE RUMAH...
Kepercayaan turun-temurun masyarakat Melayu
Oleh Noor Hasnah Adam


ADA banyak kepercayaan masyarakat Melayu yang berhubungan dengan tanda-tanda alam.

Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

Misalnya, seseorang yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu, dipercayai kehidupannya sudah tidak lama lagi.

Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Jika anjing menyalak lama di tengah malam, masyarakat Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran.

Demikian pula jika terdengar suara burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah.

Sekiranya langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu menandakan seorang raja sedang nazak atau sudah menemui ajalnya.

Biasanya kita difahamkan, kalau katak berbunyi, itu petanda hari nak hujan.

Namun ada juga yang mempercayai kalau katak berbunyi bersahut-sahutan, bermaksud akan berlaku ribut puting beliung.

Begitu juga, jika banyak kelkatu naik menghurungi cahaya lampu, itu menandakan akan berlaku banjir.

Kucing adalah binatang yang rapat dengan orang Melayu selain ayam.

Justeru banyak petanda yang ditunjukkan oleh kucing yang ditanggap orang Melayu mempunyai maksud tertentu.

Kata orang, kalau ada kucing membersihkan muka di hadapan pintu, itu menunjukkan akan didatangi tetamu yang cantik dan pembersih.

Sekiranya ada burung yang tersesat ke dalam rumah kita juga menunjukkan tuan rumah akan mendapat rezeki dan ada tetamu yang akan datang.

Namun kalau kumbang atau belalang pelesit yang masuk ke dalam rumah, bermaksud ada benda mistik yang tak elok bertandang.

Cicak pula memang ada di mana-mana. Jika cicak berbunyi, itu menunjukkan cicak mengiyakan percakapan kita. Cicak dianggap berkata atas dasar kebenaran.

Sekiranya kita berjalan dan dilintasi binatang juga mempunyai beberapa maksud.

Kalau kucing yang melintas jalan kita, itu bermaksud kita akan berjumpa kawan di dalam perjalanan.

Namun kalau biawak yang melintas jalan kita, bersedia untuk menanggung beban.

Mungkin melalui kepercayaan inilah wujudnya peribahasa 'biawak hidup' yang menyamakannya dengan manusia yang tidak memberi hasil dan hanya membebankan orang lain.

Sekiranya kita didatangi binatang-binatang tertentu seperti kala jengking, katak, cengkerik, belalang, kupu-kupu, kumbang, dan sebagainya, sebaik-baiknya tidak diganggu atau dibunuh.
Sewajarnya ditangkap dan dilepaskan di luar rumah kerana kehadiran binatang-binatang ini terjadi secara alamiah.


Walaupun kebenaran daripada tanda-tanda yang terjadi ini kadangkala banyak diragui, namun ada kalanya memang wujud hubungan antara kejadian-kejadian tersebut dengan hukum alam. Hanya Tuhan yang tahu segalanya.

Inilah yang dikatakan dalam Bahasa Inggeris "superstitions".

Pantang-larang ini berasal daripada masyarakat lama. Zaman datuk nenek dan moyang kita sejak berabad yang lalu.

Adakah kamu percaya akan pantang-larang ini?

Apakah pantang-larang masyarakat Melayu lain yang pernah kamu dengar? Cuba tanya kepada ibu, datuk, nenek atau anggota keluarga kamu yang sudah tua.
Tentu mereka mempunyai cerita mereka sendiri.

Mari kita bincangkan!

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum!
Pada pendapat saya, mungkin pantang-larang benar. Mengapa? Kadang-kadang, pantang-larang ini berlaku pada diri sendiri dan kami tidak ketahui ini semua.

Satu pantang-larang oleh ibu saya:
"Jika seseorang wanita itu hamil, dia tidak dibenarkan memegang barang-barang yang tajam kerana ia boleh menyebabkan anak mereka ada 'scar' apabila dilahirkan."

Tanpa Nama berkata...

Hello! Layyin di sini.Pendapat saya tentatng pantang larang ini hanya sebagai langkah untuk mengaja diri dari bahaya atau salah satu contoh yang patut kita lakukan. seperti jika seorang dara suka menukar-nukar tempat duduknya sedang makan, mereka akan mendapat banyak suami. Ini adalah untuk kita makan di satu tempat sahaja untuk mengelakan makanan berkecah di merata tempat.

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya, pantang-larang boleh menjadi benar.Saya pun kadang-kala tidak percaya kepada pantang-larang.Tetapi selepas

Satu pantang-larang ialah apabila saya langkah buku nanti menjadi bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Maaf, tetapi selepas menanya ibu saya pantang-larang seperti gunting kuku pada waktu malam, ia hanya untuk menakut-nakutkan orang dahulu yang tiada lampu

Tanpa Nama berkata...

Kadang-kadang pantang-larang ini boleh jadi benar.

Satu pantang-larang oleh saya ialah "kita tidak seharusnya membukakan payung di dalam rumah. Kalau kita buka, seekor ular akan muncul di depan kami.

Tanpa Nama berkata...

Hai! Ini Naazym. Saya tidak percaya kesemua pantang larang masyarakat melayu. Ini adalah sesedikit pantang-larang yang saya tahu...
1)Jangan makan banyak leher ayam nanti apabila bersanding, kepala akan teleng.
2)Jangan duduk atas vantal nanti pantat akan bisul.
3)Jangan nanyi dalam dapur nanti dapat suami tua.
4)Apabila hamil jangan pegang benda yan tajam nanti anak akan ada parut.
5)Jangan buka payun di dalam rumah nanti ada ular.
Ini adalah contoh pentang-larang masyarakat kami. Tetapi, saya tidak percaya kesemuanya.Selamat tinggal!

Tanpa Nama berkata...

Pendapat saya tentang pantang larang ini tidak benar. Pantang larang dibina sahaja untuk menakutkan kita. Kita akan lebih selamat kalau kita ke menurut pantung larang.

Signed,
Kita, kita dan kita

Tanpa Nama berkata...

Hi semua!
...Pada pendapat saya,pantang-larang ada yang benar dan ada yang tidak benar.Kalau yang tidak benar,betul-betul lucu!

Tanpa Nama berkata...

HELLO! Mungkin pantang larang benar kerana ada juga pantang larang ini terjadi kepada diri kta tanpa kita ketahui.

SATU pantang larang dari nenek saya ialah "Wanita tidak patut bernyanyi apabila dia sedang masak.

Tanpa Nama berkata...

asalamualaikum,ini fariz.pada pendapat saya munkin pantang larang benar tetapi saya tidak percaya.satu pantang larang ialah bila kucing hitam hendak jalan lalu kamu,kamu akan ada nasib buruk

Tanpa Nama berkata...

Hey!Ini ialah Leena,pada pendapat saya,kadang-kadang, pantang-larang ini laku pada sendirian dan kita tidak tahu ini semua.Ini sahaja.
Bye for now folks!

Tanpa Nama berkata...

Saya penah dengar dari sepupu saya,
"jangan main congkak pada waktu malam kalau tidak setan datang".
Kerana saya penah tanya dia,"eeehh Zaki! Tolongah. Saya nak mainlah!"
Dia cakap " Janganlah, Dah malam-malam buta awak masih nak main? Setan datang tau!" Saya kata" Ye ke?". Dia pun angguk-angguk kepalanya.


Tapi ada link apa? Main congkak... ada setan? Ish .. anehnya.

Ada lagi satu dulu-dulu, bila abang saya denagn saya main "Hide and Seek" apabila malam.
Bila saya sudah cari tempat bersumbunyi, ibu saya kata "Ehh! Sudah! Masuk sekarang! Nanti Hantu Tetek kejar kau! Haaaah, baru korang(bahasa pasar?) tahu!"

Tapi ini pun tiada kaitan, KALAU! Hantu Tetek tidak boleh ada anak.

DAAAAAN! Pantang Larang yang paling akhir!
Dulu-dulu, ibu tidak akan tingglakan baju anak merak dia luar untuk kering pada waktu malam kerana pontianak akan bau baju itu dan apabila anak itu sudah besar, bahangian badan atasnya akan lebih besar dari badan bahagian bawanya.

Pelik ya? Bau baju? Badan atas besar dan badan bawa kecil.
o.o pantang-larang ini semua tentang hantu ya?
Haha!
Okei, ada orang yang hendak tolong saya fikirkan kenapa semua pantang-larang saya pelik macam ini?

k, BYE!

Ili Yasmin :D

Tanpa Nama berkata...

hi!pada pendapat saya patang larang orang-orang tua ada tua "point" satu daripadanya ialah untuk menakutkan kita sahaja tetapi ada juga yang betulnya seperti saya,dua tahun yang lalu saya suka main congkakb jadi nenek saya sudah beritahu jangan main sampai mahgrib,tetapi saya degil saya main juga sampai pukul sepuluh malam dengan sepupu saya jadi malam itu semasa kami tengah tidur kami terdengar bunyi goli yang tidak berhenti jatuh,satu persatu kami bangun jadi kami tidak tidur bila kami cari goli mana tidak ada satu goli pun jatuh esok kami beritahu nenek kami dan dian berkata "itulah orang cakap tk nk dengar...ityulah setan hendak main malam-malam dengan kau orang"semenjak hari itui kami main pada sinyang hari.Saya pun ada dengar lagi banyak patang-larang lain..ok bie

Tanpa Nama berkata...

Hello!pada pendapat saya,mungkin pantang larang benar kerana kadang-kadang,ia benar-benar terjadi.Satu pantang-larang yang diberi oleh mak cik saya adalah kita tidak boleh menyikat rambut pada waktu malam kerana nanti ternampak kawan di sebelah kamu.

Tanpa Nama berkata...

Tak usahkan mempercayai sesuatu yang karut. kalau benar mau tanya siapa paling tidak bincang sama si iblis apa benar ini adalah angkaranya.cuba perkataan ini "ngam-ngam", tepat.iblis akan melakukan itu secara kebetulan.si iblis bermain helah misalnya melalui magician.kempunan.boleh melihat masa depan.mengetahui peristiwa yang pasti berlaku esok atau seterusnya

Tanpa Nama berkata...

Kamu orang ikut betul cakap orang tua bilang pantang itu inilah.dari mana juga adalah sikat rambut malam menghadap cermin nanti ada kawan di sebelah.aku selalu macam ini tak ada pun satu kawan padahal aku sangat mengharapkan biarlah yang 80an.ada lagi tidak boleh pegang pisau.gunting kalau hamil nanti dapat anak yang berparut.tapi rata rata yang hamil potong bawang pakai pisau tolong mertua masak.gunting benang jahit seluar sapu jalan menantu.apabila lahir bayi itu licin kulitnya tidak berparut. dari hujung kaki hingga hujung rambut

Unknown berkata...

Hiii saya Nadia...pda pndapat saya... pantg larang ney ada ble dpcaya dan ada yg x... mcm saya jenis cpt pcya tp kata hati x pcaya... kira 50%-50% pcyalh.... sehingga lh benda tuh jd depan mata n terbukti kesahihannya bru saya pcaya 100% hihuhi....

AkuKauDia berkata...

Kebanyakan pantang larang adalah untuk memberi tahu kepada anak mereka bahawa perkara tidak elok akan berlaku jika berbuat sesuatu. Misalnya mengetip kuku dalam keadaan gelap. Jikalau Kita mengambil secara positifnya, tidak elok mengegip kuku Pada waktu gelap Dan BOLEH mendatangkan kecederaan. Perkara INI akan dibawakan Ke generasi seterusnya Dan telah menjadi budaya Melayu dari semasa Ke semasa. Terdapat banyak juga perkara yang tidak benar Dan tidak patut diikutnl. Sebagai umat islam sebaiknya ikutilah apa yang Berkaitan dengan al Qur'an Dan as-Sunnah. Rasullullah adalah contoh terbaik seorang hamba Allah yang patut diikuti

AkuKauDia berkata...

Kebanyakan pantang larang adalah untuk memberi tahu kepada anak mereka bahawa perkara tidak elok akan berlaku jika berbuat sesuatu. Misalnya mengetip kuku dalam keadaan gelap. Jikalau Kita mengambil secara positifnya, tidak elok mengegip kuku Pada waktu gelap Dan BOLEH mendatangkan kecederaan. Perkara INI akan dibawakan Ke generasi seterusnya Dan telah menjadi budaya Melayu dari semasa Ke semasa. Terdapat banyak juga perkara yang tidak benar Dan tidak patut diikutnl. Sebagai umat islam sebaiknya ikutilah apa yang Berkaitan dengan al Qur'an Dan as-Sunnah. Rasullullah adalah contoh terbaik seorang hamba Allah yang patut diikuti