Semalam kita da membincangkan tentang menghargai orang-orang yang kita sayangi dan juga orang-orang yang menyayangi diri kita.
Siapakah orang-orang yang kamu sayangi?
Siapakah orang-orang yang menyayangi kamu?
Seringkali kita terlupa mengenai orang-orang ini.
Lantas kita menyakiti hati mereka,
kita biadap terhadap mereka,
kita terkasar bahasa apabila berbicara dengan mereka.
Tetapi kita juga sedar
Kadang-kala hati dan perasaan kita juga mereka sakiti.
Jadi bagaimana, ya?
Apakah perasaan dan fikiran kamu terhadap topik ini?
Adakah kamu mempunyai pengalaman yang ingin kamu berkongsi?
Apakah yang akan kamu lakukan jika perkara sebegini berlaku?
Cikgu dan rakan-rakan yang lain ingin mendengarnya!
Selasa, 4 Mac 2008
Topik 1: Orang-orang yang kita sayangi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
15 ulasan:
Perkara-perkara ini pernah terjadi kepada saya. Kadangkala,kami tidak perasan yang kami menyakiti hati atau perasaan mereka. Sebab itu,dari sekarang, saya mesti jaga apa yang saya kata kepada orang. Tidak kira mereka lebih tua atau lebih muda.
Assalamualaikum! Pada pendapat saya, topik ini telah mengubahkan perspektif saya tentang ibu bapa saya. Sekarang, barulah saya faham pengorbanan ibu bapa saya. mereka telah banyak berkorban masa untuk bersama kami. Ibu bapa saya selalu beri saya dan kakak-kakak duit, masa dan cinta setiap masa. Jika perkara yang tertulis berlaku, saya akan cuba ubah sikap tentang ibu bapaku. Kepada saya, ibu bapa saya paling istimewa...
Orang yang saya menyanyangi ialah ibu dan bapa saya kerana mereka menjaga saya dari kecil hingga besar. Ibu dan bapa saya yang menyanyangi saya semenjak saya kecil lagi
Pada pendapat saya, kita mesti menjaga bahasa kami. Sekarang,saya akan membicara dengan abang, kakak dan adik saya dengan lebih kerap.
Signed, Kita,kita dan kita
Assalamualikum! Orang yang saya menyayangi ialah ibu dan bapa saya kerana apabila saya jatuh sakit, ibu dan bapa saya mengambil berat.
Kadang-kala, saya pun menyakiti hati mereka kerana mereka 'irritating'.
Hello kawan-kawan.
:D
1)Siapakah orang yang kamu sayangi?
jawapan saya:
Walaupun saya bergaduh dengan ibubapa saya, saya masih sayangi mereka. Tetapi kami bertengkar biasanya.Nenek,datuk, abang, adik, kawan,kawan karib saya, Kenji, CIKGU DURRAH dan ramai lagi.
2)Siapakah orang yang menyayangi kamu?
jawapan saya:
Ibu bapa saya? Nenek dan datuk saya. Abang saya. Kenji.
Kawan karib saya?
3)Apakah peresaan dan fikiran terhadap topik ini?
jawapan saya:
Perasaan saya ialah.. topik ini ialah kami sekelas boleh berkata apa kami hendak cakap tanpa interupting kawan kami.
4)Apakah kamu mempunyai pengalaman yang ingin kamu berkongsi?
jawapan saya:
Kejadian yang terbaru ialah, Hari yang lepas itu, saya menangis apabila masuk dalam bilik darjah sebab ibu saya tidak bagi saya pergi balik rumah dengan bas publik.
5)Apakah yang kamu lakukan jika perkara sebegini berlaku?
jawapan saya:
Saya akan duduk dalam bilik saya menangis.
x[
Okay kawan-kawan,Bye!
Perkara ini selalu terjadi kepada saya. saya rasa sangat kecil hati terhadap ibu bapa saya. Saya pernah tidak bercakap dengan ibu saya selama 1 bulan. Tetapi saya sudah bercakap semula dengan ibu saya. Ibu dan bapa saya ialah seorang yang paling istimewa dalam hidup saya.....
orang yang saya menyayangi ialah ibu bapa saya.mereka sela ada bila saya sedih.orang yang menyayangi saya ialah ibu bapa saya kerana mereka mendukungi saya sejak saya kecil.
Saya menyayangi ibu saya,bapa saya,dua-dua pasang nenek dan datuk saya dan adik-beradik saya.Saya pun menyayangi saudara-mara saya seperti,makcik-makcik saya,pakcik-pakcik saya dan sepupu-sepupu saya.Saya pun menyayangi diri saya sendiri.:)
Saya rasa orang-orang yang menyayangi saya adalah keluarga saya,seperti ibu saya,bapa saya,dua-dua pasang nenek dan datuk sayadan adik beradik saya.
Topik ini telah menyedarikan saya terhadap keluarga saya.Saya selalu fikir yang semua orang tidak suka dan menyayangi saya apabila mereka memarahi saya tetapi sekarang saya tahu yang apabila mereka marah,mereka menyayangi saya dan hendak kita menjadi anak-anak yang soleh dan soleha.
Jangan sesekali kamu derhaka ibu bapa kamu kerana merekalah yang membawamu ke dunia ini! Kalaulah ada perkara yang menyakitkan hatimu, buang yang keruh, ambil yang jernih.....
Kita harus menyayangi orang-orang seperti ibu, bapa, kawan-kawan, guru-guru dan jiran-jiran kita. Ibu dan bapa kita membesarkan kita. Kawan-kawan kita pula menolong kita jika kita memerlukan pertolongan atau bantuan. Guru-guru kita mengajar kita. Jikalau guru-guru atau ibu, bapa kita memarahi kita ia bermakna mereka menyayangi mereka. Kita harus mendengar nasihat mereka. Jiran-jiran kita menolong kita menjaga rumah jikalau kita bermakan angin.
Saya suka membuat kawan-kawan,cikgu dan keluarga saya ketawa. Tetapi apabila saya bergurau, saya harus menjaga perkataan-perkataan yang saya guna kerana ia boleh menyakiti perasaan dan emosi seseorang. Bapa saya selalu kata"If you have nothing nice to say,shut up" kepada saya dan kakak saya apabila kami mengejek antara kami bertiga.
Orang yang saya sayangi adalah ibu bapa,adik dan semua keluarga saya.kerana mereka yang memahami saya dan menolong saya.bukan sahaja mereka tetapi ada kawan yang bolh memahami saya.orang yang menyayangi saya adalah keluarga saya.terutamanya ibu bapa saya.kerana mereka selalu menolong saya dalam kesusahan.
Hello kawan kawan!kita harus menyayangi orang-orang seperti ibu, bapa dan keluarga kita. Kita harus menyayangi ibu, bapa kerana merekalah yang membesarkan kami dan memberi kami makanan dan perlindungan. Bye..>:(
hi..saya sayang semua orang di keliling saya terutama seseorang ini yang ada di mendaki tuition namanya hafiz dia seorang istimewa bagi saya..oklah bie
Catat Ulasan